Sunday, April 14, 2013

Sape tak sukeeee kahwin weeeei


Assalamualaikum 

how your weekands? have fun ? Hope everythings went smoothly. Alhamdulillah mine was good but i just got 'terseliuh' di kaki gara gara  panjat tingkat 4 samura dan terpeliot ketika berjalan. Dugaan dugaan. 

It just a small thought for the entry topics. It's about Nikah Khitbah. One day, duduk makan dengan someone (YOU) and he suddenly said that he want to do nikah khitbah with her girlfriend. And i just said tht he was too young to carry the responsibility. Memang lah bagus, but it just a small thought of me sebab dye sangat muda that he dont even know and meet that girl. He just text and  call her. Not even seeing the real person nor in facebook. One ore things, benda alam alam fantasi di hujung jari ini memang tak bole dipercayai 100%. am i right ? I was just too worry for him. Sampai kan gado -.-


So let me sambung pasal nikah Khitbah nieeee.. Nikah Khitbah nie dikenali jugak sebagai nikah gantung.Nikah gantungsebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan. 

Iklan sebentar. hihi ^^

Ramailah muda mudi boleh nikah la nie jugak. It is a good thing yang kita boleh hindar zina kepada sesiapa usually or frequently meet their girlfriend. Tapi situasi nie lain dengan YOU. Baguslah bagi aku dia nak nikah without looking at the bride. Cume aku sangat lah tak berpuas hati when he said that 'aku anak lelaki, tak paya ada wali/kebenaran ibu or ayah'.  It really make me mad. Bagi aku, it kau serious, kite boleh bincang dengan family, or at least  YOU should show your responsibility lah starting with your parents. 

Oh! mari kita sambung lagi info about nikah gantung. 

Bersambung... Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya. Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar. Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.


So ape kata uols dengan YOU nie ??

Till then !

No comments:

Post a Comment